Kunjungan Hormat Air Selangor Ke MPI Buka Laluan Kerjasama Strategik 2026

CYBERJAYA, 2 Disember 2025 — Malaysian Press Institute (MPI) menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya hari ini bagi membincangkan kerjasama strategik melibatkan penganjuran anugerah media serta pembangunan kursus bagi tahun 2026.

Delegasi Air Selangor terdiri daripada Ketua Komunikasi Korporat, Elina Baseri dan Ketua Perhubungan Awam, Izad Ismail Abdullah. Turut hadir wakil agensi komunikasi Edelman Smithfiled iaitu Pengarah Kanan, Hairuddin Mohd Noh dan Eksekutif Kanan, Anis Hazim.

Perbincangan turut menyentuh inisiatif bersama untuk memperkukuh penyampaian maklumat berkaitan pengurusan air kepada masyarakat, termasuk cadangan penganjuran anugerah media berfokuskan isu pengurusan air serta pelaksanaan program literasi media bagi meningkatkan kefahaman awam mengenai isu-isu air dan kelestarian.

MPI diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Haji Ainol Amriz; Pengurus Kanan Pengurusan Projek, Dr. Nuzatul Shima Sulaiman; Eksekutif Pentadbiran/Kesetiausahaan, Norfatin Syahira Jusoh dan sekretariat, Muhammad Asyraf Rosmidi.

Kunjungan itu membuka ruang kerjasama baharu antara MPI dan Air Selangor khususnya dalam memperkasa peranan media dalam penyebaran maklumat berkaitan pengurusan air.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest