Kunjungan Hormat MPI Dengan Menteri Komunikasi Malaysia, YB Fahmi Fadzil

Presiden Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Yong Soo Heong bersama Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Bin Ismail; Puan Norlida Jamain dan Setiausaha Pentadbiran, Puan Nur Afiqah Rahmat mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi Malaysia, YB Fahmi Fadzil di bangunan Parlimen, 18 November 2024.

Tujuan pertemuan untuk menerangkan perkembangan terkini program latihan anjuran MPI dan rancangan tahun 2025 serta menghantar jemputan ke satu program anjuran MPI bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). YB Menteri mengesahkan kehadiran ke program itu pada bulan hadapan. Pertemuan itu juga dihadiri Setiausaha Akhbar kepada YB Menteri, Puan Hanim Muhili.

Di akhir pertemuan itu, YB Menteri menyampaikan kata-kata ini:

“MPI is very important institution”.

Kenyataan ini amat menggembirakan MPI untuk terus membina kecemerlangan

Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong memulakan dengan ucapan penghargaan dengan YB Fahmi yang menyokong program MPI
YB menyampaikan pandangan beliau tentang program latihan.
Perbincangan ringkas bersama Setiausaha Akhbar kepada YB Menteri, Puan Hanim Muhili
Pertemuan yg menggembirakan. Terima kasih YB!

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter