Kunjungan Hormat TYT Sabah, MPI Fokus Perkukuh Komunikasi Pembangunan Sabah

KOTA KINABALU, 16 Februari – Sekretariat Malaysian Press Institute (MPI) melakukan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, Yang Dipertua Negeri Sabah, di Istana Seri Kinabalu hari ini.

Delegasi yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Ainol Amriz Ismail itu disambut mesra dan mengadakan sesi pertukaran pandangan berkaitan landskap media semasa serta peranan komunikasi strategik dalam memperkukuh naratif pembangunan Sabah di peringkat Persekutuan.

Turut hadir Timbalan Presiden MPI, Cik Farrah Naz Karim; Ahli Majlis Pentadbir MPI, Dr. Diana Dominic dan Mariah Doksil; Pengurus Besar, Norlida Jamain; serta Eksekutif Kandungan Kreatif, Muhammad Asyraf Rosmidi.

Perbincangan turut menyentuh keperluan memperkemas penyampaian maklumat berkaitan agenda pembangunan negeri secara lebih tersusun, berfakta dan berpaksikan kepentingan rakyat, selaras dengan cabaran komunikasi era digital yang semakin dinamik.

Dalam pertemuan tersebut, MPI turut mencadangkan penganjuran seminar berskala negeri yang memberi fokus kepada pengurusan maklumat, komunikasi strategik dan penggunaan media sosial secara profesional. Inisiatif itu dirancang dengan sokongan TYT sebagai langkah memperkasa ekosistem komunikasi negeri agar lebih responsif, kredibel dan berdaya saing.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter