MCMC Teruskan Sokongan Kepada MPI

CYBERJAYA, 24 Mac – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, di Menara 1 MCMC, Cyberjaya.

Dalam pertemuan tersebut, MPI membentangkan laporan terkini program MPI yang disokong penuh oleh MCMC iaitu Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management yang telah menjelajah ke empat lokasi dengan baki dua lagi lokasi yang akan dilaksanakan. Tan Sri Mohamad Salim menyatakan kegembiraan beliau terhadap inisiatif ini yang berperanan dalam memperkasakan wartawan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Selain itu, MCMC turut menyatakan komitmen untuk menyokong penganjuran program-program MPI sebagai usaha bersama memperkukuh ekosistem media dan kewartawanan di Malaysia.

Dalam kunjungan itu, Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Tan Sri Mohamad Salim dan pihak MCMC untuk menghadiri Malam Wartawan Malaysia 2025, yang bakal berlangsung pada 20 Jun ini.

Delegasi MPI diketuai oleh Datuk Yong Soo Heong bersama Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail; Ahli Majlis Pentadbir MPI, Encik Brian Martin; dan Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamaain.

Sementara itu, delegasi MCMC diwakili oleh Pengarah Kanan Pejabat Pengerusi MCMC, Encik Vincent De Paul; Ketua Bahagian Komunikasi dan Jaringan Industri MCMC, Puan Shirley Tan Shuo Ling; serta Ketua Pejabat Pengerusi MCMC. Encik Muhammad Syafiq Mustapha.

Kunjungan ini menandakan kerjasama erat antara MPI dan MCMC dalam memajukan industri media tempatan seiring dengan perkembangan teknologi digital dan kecerdasan buatan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter