Cyberjaya, 2 Mei 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan dua hala yang bermakna, khususnya berkaitan perancangan kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh pelaksanaan program latihan kewartawanan dan inisiatif literasi media, terutamanya dalam menyasar keperluan semasa pengamal media di pelbagai peringkat.
Dalam pertemuan tersebut, MPI diwakili oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail, Pengurus Besar, Puan Norlida Jamain, serta barisan sekretariat MPI.
Manakala delegasi Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak pula diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AZAM Sarawak, Encik Ali bin Suhaili, Pengurus Komunikasi Strategik, Media & Perhubungan Belia, Encik Hassnal Hakim, Pegawai Komunikasi Strategik & Projek, Encik Cliff Nathaniel anak Stanny, Pegawai Komunikasi Strategik & Projek, Encik Ryshaune Lee, Pegawai Perhubungan Awam, Cik Ain Hanna, Pegawai Perhubungan Awam, Cik Margaret Mary, Pegawai AZAM, Encik Hilton Deli dan Pegawai AZAM, Encik Taufiq Azhari.
Kerjasama strategik ini adalah bertujuan untuk memperkasakan pemantapan latihan, kursus, bengkel dan inisiatif dalam membangunkan kapasiti media yang lebih menyeluruh, seiring dengan perkembangan teknologi, komunikasi strategik dan keperluan masyarakat berinformasi pada masa kini.



