MPI dan PETRONAS Perkukuh Kerjasama Strategik Perkasa Profesion Kewartawanan

KUALA LUMPUR, 15 April 2025 — Satu pertemuan strategik antara Malaysian Press Institute (MPI) dan PETRONAS berlangsung petang ini di Menara Berkembar PETRONAS, menandakan kesinambungan kerjasama erat antara dua entiti dalam memperkasa profesion kewartawanan tanah air.

Pertemuan tersebut membincangkan pelbagai inisiatif bersama yang bakal memperkukuh peranan wartawan sebagai agen penyampai maklumat yang berwibawa, melalui pelaksanaan program-program pembangunan profesional secara berterusan.

Antara fokus utama perbincangan adalah perluasan skop kerjasama melebihi aspek tradisi seperti Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) dan latihan kewartawanan, kepada inisiatif yang lebih inklusif seperti penganjuran Mini Forum, program kepemimpinan, sesi perkongsian ilmu, serta usaha memperkukuh kebajikan pengamal media.

Program pertama di bawah kerjasama strategik baharu ini dijadualkan berlangsung Mei ini menerusi acara “Lunch Escape”, yang bakal menghimpunkan pemimpin media dan wakil industri dalam suasana santai bagi membina jaringan dan kolaborasi.

PETRONAS diwakili oleh Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan, Puan Siti Azlina Abd Latif, bersama pasukannya yang terdiri daripada Pengurus Besar Komunikasi Media, Cik Jalina Joheng, Pengurus Kanan (Perniagaan dan Antarabangsa), Puan Sofea Chok Suat Ling, serta pegawai komunikasi, Tunku Putri Nur Asma dan Encik Nabil Basaruddin.

Delegasi MPI pula diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail, disertai Pengurus Besar, Puan Norlida Jamain, Pengurus Kanan Latihan, Puan Nurhafiza, dan beberapa ahli sekretariat MPI.

PETRONAS merupakan penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia sejak 1994, menjadikannya antara rakan korporat paling konsisten dalam usaha memperkasa kewartawanan beretika dan berkualiti di negara ini.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter