MPI dan The Sun Bincang Kerjasama Latihan Digital untuk Wartawan

Petaling Jaya, 12 Mac 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) mengadakan kunjungan hormat ke pejabat operasi The Sun bagi membincangkan kerjasama latihan untuk editor dan wartawan organisasi media tersebut.

Delegasi MPI yang diketuai oleh Presiden, Datuk Yong Soo Heong, disambut oleh Managing Editor The Sun, Navjeet Singh, Executive Editor, Himanshu Bhatt dan Chief Copy Editor, Trevor Jason Leong.

Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail, Pengurus Besar, Puan Norlida Jamain, dan Pengurus Kanan Latihan, Puan Norhafiza Kamaludin.

Fokus utama perbincangan adalah usaha meningkatkan kemahiran digital warga The Sun dalam menghadapi cabaran dunia media yang semakin canggih dan berdaya saing.

Perbincangan antara pihak MPI bersama The Sun
Dari kiri, Managing Editor The Sun, Navjeet Singh; Executive Editor, Himanshu Bhatt dan Chief Copy Editor, Trevor Jason Leong

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest