MPI dan USM Jayakan Forum Mini 3 Solo dan Berani: Perkasa Kewartawanan Era Baharu

Pulau Pinang, 8 Mei 2025 – Hari ini buat kali kedua Delegasi Malaysian Press Institute (MPI) berpeluang berkolaborasi bersama Universiti Sains Malaysia (USM) dengan mengadakan Forum Mini 3 Solo dan Berani: Dinamika Dunia Baharu Kewartawanan yang berlangsung di Palka Wacana, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Forum yang penuh inspirasi ini menampilkan barisan panelis terkemuka dalam industri media, termasuk Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail, Personaliti TV RTM, Margaret Gambang serta moderator, Prof. Madya Dr. Nik Norma Nik Hassan selaku Pensyarah Kewartawanan di Pusat Pengajian Komunikasi USM. Forum ini juga telah dirasmikan oleh Dekan Pusat Pengajian Komunikasi USM, Prof. Madya Dr. Bahiyah binti Omar.

Program ini memberi pendedahan mendalam mengenai realiti dunia kewartawanan, termasuk cabaran yang dihadapi oleh wartawan dalam melaksanakan tugasan secara beretika dan profesional. Penekanan turut diberikan terhadap kredibiliti dan keupayaan (ability) seorang wartawan, serta kepentingan integriti dalam penyampaian berita.

Forum ini juga menggalakkan penglibatan aktif mahasiswa universiti dalam menghasilkan karya mereka dengan mengaplikasikan teknik kewartawanan solo dalam membuat pelaporan. Di samping itu, menggalakkan pelajar bagi menghasilkan penulisan laporan analitik, sebagai langkah awal memartabatkan profesion kewartawanan sejak di peringkat universiti. Ia sekaligus membuka ruang kepada pelajar untuk memahami peranan wartawan dalam mencorak pemikiran masyarakat melalui media.

Program tersebut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 80 orang pelajar Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) serta barisan pensyarah berdedikasi yang turut mengambil bahagian secara aktif dalam sesi perkongsian, dialog dan pertanyaan yang dapat membantu mereka memperkukuhkan pemahaman mengenai relaiti sebenar dunia kewartawanan pda era globalisasi kini.

Pada akhir slot forum ini juga, personaliti TV, Margaret Gambang berpeluang untuk berkongsi kaedah pelaporan liputan secara langsung dengan kemahiran yang beliau miliki.

Malaysian Press Institute (MPI) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak USM yang terlibat dalam menjayakan program ini, dan berharap peluang kerjasama strategik seperti ini dapat diteruskan serta diperluas pada masa akan datang terutamanya dalam kalangan IPT dan media.

Jumpa lagi nanti, USM!✨✨✨

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter