15 April 2025 – Pagi ini, tim Malaysian Press Institute (MPI) telah menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri BERNAMA yang berlangsung di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur.
Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong; Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail; Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain dan Nurul Ifatul Aisyah hadir memeriahkan majlis. Kehadiran mereka disambut mesra oleh barisan pengurusan BERNAMA.
MPI merakamkan penghargaan terima kasih atas jemputan yang diberikan oleh pihak BERNAMA, serta berharap agar hubungan baik yang terjalin ini akan terus diperkukuh demi kemajuan industri media tanah air.



