15 April 2025 – Petang ini, Malaysian Press Institute (MPI) berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Agrobank, yang turut diserikan dengan Majlis Anugerah Program Biasiswa MADANI Agrobank, bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Acara penuh bermakna ini disambut meriah dalam suasana silaturrahim dan penghargaan, dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail; Pengurus Besar, Puan Norlida Jamain serta barisan sekretariat MPI. Kehadiran MPI disambut mesra oleh pihak pengurusan Agrobank.
MPI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan ini dan berharap agar jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi kemajuan industri media serta pembangunan bakat masa depan negara.



