MPI Puji Hala Tuju Editorial Utusan Melayu Plus, Saran Sertai Keahlian MPI

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Dr. Ainol Amriz Ismail, hari ini melakukan kunjungan mesra ke pejabat operasi portal Utusan Melayu Plus bagi mengenali lebih dekat hala tuju editorial serta pendekatan pelaporan yang diguna pakai portal berita tersebut.

Dalam sesi tersebut, Dr. Ainol diberi penerangan ringkas oleh barisan editorial mengenai corak operasi liputan, proses kerja bilik berita, serta komitmen portal berkenaan terhadap penghasilan laporan berfakta dan berintegriti.

Beliau menyatakan rasa positif terhadap perkembangan Utusan Melayu Plus yang dilihat semakin aktif mengisi ruang pemberitaan digital negara.

“Saya percaya dan optimis dengan potensi Utusan Melayu Plus untuk bergerak cepat dan terus menyumbang laporan berita yang berlandaskan fakta. Pendekatan editorial yang saya lihat hari ini meyakinkan,” kata beliau.

Dalam kunjungan itu, Dr. Ainol turut mempelawa Utusan Melayu Plus untuk menjadi ahli MPI pada masa akan datang, sekali gus membuka peluang kerjasama dalam pembangunan profesional, latihan kewartawanan serta pengukuhan ekosistem media Malaysia.

Kunjungan berkenalan ini mencerminkan komitmen MPI untuk terus merapatkan hubungan dengan pelbagai organisasi media dan menyokong pertumbuhan portal berita baharu dalam era digital yang dinamik.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest