15 Oktober, Kuala Lumpur —Satu kerangka kerjasama penganjuran seminar peringkat antarabangsa dibincangkan dalam pertemuan antara Malaysian Press Institute (MPI) dengan Jabatan Penyiaran Malaysia di Wisma Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Hal itu disyorkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman kepada Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong semasa delegasi MPI berkunjung ke pejabat beliau, Selasa, 15 Oktober 2024. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail.
“Seminar ini kita boleh adakan empat kali dalam tempoh setahun, yang diakhirnya memanfaatkan industri dan Negara. Bagi tujuan ini, kita perlu berjumpa untuk berbincang lebih lanjut”, kata Datuk Suhaimi.
Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak bukan sahaja berkongsi pandangan mengenai masa depan industri media, tetapi juga bersetuju untuk memberikan peluang kepada IPT yang berkolaborasi dengan MPI, terutamanya pelajar tahun akhir yang mahir dalam Bahasa Mandarin, untuk menjalani latihan industri di stesen radio dan televisyen (RTM).
Hadir sama dalam pertemuan ini adalah Timbalan Pengarah Bahagian Program Radio, Puan Norfadzilah Hashim; Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa, Encik Shahri Saripan; Ahli Majlis Pentadbir, Encik Mohd Azri Atan, serta pegawai-pegawai MPI.

Encik Azri, Tuan Haji Ainol, Datuk Yong, Datuk Suhaimi, Encik Shahri dan Puan Norfadzilah.