MPI Tinjau Potensi Kolaborasi

8 Oktober, Kuching — Kunjungan ketiga delegasi MPI menyantuni Sarawak Metro, salah satu syarikat korporat yang menyokong penganjuran Malam Wartawan Malaysia iaitu acara tahunan yang mengiktiraf karya-karya terbaik kewartawanan Malaysia.

Pertemuan tersebut dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, YBrs Ts. Mazli bin Mustaffa, bersama Encik Alexius Baring, Pengarah Komunikasi Korporat dan Puan Letitia, Pengurus Kanan Media dan Komunikasi Korporat.

Dalam pertemuan itu, MPI menerima taklimat mengenai pencapaian dan perancangan Sarawak Metro hingga 2030. Selain itu, perbincangan juga menumpukan pada potensi kolaborasi kedua-dua pihak berkaitan program latihan kepada media.

Ditubuhkan pada 2017, Sarawak Metro adalah sebuah syarikat pengangkutan awam yang bertanggungjawab mengendalikan projek pengangkutan rel di Sarawak untuk memenuhi keperluan mobiliti penduduk dengan memperkenalkan sistem pengangkutan yang efisien dan mesra alam.

YBrs Ts. Mazli bin Mustaffa, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro menerima kunjungan MPI di pejabatnya.
Terima kasih Sarawak Metro!

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter