MPI Ucap Terima Kasih atas Khidmat Cemerlang Pelajar Latihan Industri

CYBERJAYA, 30 Julai 2025 — Malaysian Press Institute (MPI) telah menganjurkan majlis perpisahan sederhana bagi meraikan sumbangan dan perkhidmatan pelajar latihan industri, Siti Nureisyah, menerusi satu sesi minum petang yang diadakan di Herbs & Butter Tamarind Square, Cyberjaya, hari ini.

Majlis ini bertujuan sebagai tanda penghargaan atas usaha gigih dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Siti Nureisyah sepanjang tempoh latihan industrinya bersama MPI. Sepanjang berada di organisasi ini, beliau telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi, semangat kerja yang positif dan kesediaan untuk belajar dalam setiap tugasan yang diberi.

Rakan-rakan sekerja dan pihak pengurusan turut meluahkan rasa terima kasih atas khidmat beliau yang telah menyumbang kepada suasana kerja yang harmoni dan produktif.

MPI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Siti Nureisyah serta mendoakan agar beliau terus berjaya dalam menempuh dunia kerjaya selepas ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh di MPI menjadi panduan berguna dalam perjalanan masa depannya.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter