MPI-UKAS : Meningkatkan Kompetensi Media

Cyberjaya, 19 Mac 2025 – Empat tawaran latihan dikemukakan Malaysian Press Institute (MPI) kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam pertemuan yang berlangsung di Pusat Latihan MPI, di sini hari ini.

Empat latihan itu ialah kepemimpinan, penulisan, pelaporan berasaskan digital dan kewartawanan solo / mobile journalism.

“Latihan ini boleh meningkatkan kemahiran staf UKAS, selain pegawai penerangan agensi kerajaan Sarawak dan pegawai perhubungan awam,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail dalam taklimat kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee dan delegasi UKAS yang diketuai Pengarahnya, Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Hadir sama menyambut kehadiran delegasi dari Sarawak ke Pusat Latihan MPI di sini, ialah Presiden, Datuk Yong Soo Heong, Ahli Majlis Pentadbir MPI, Choo Joon Kian serta staf MPI.

Menurut Ainol, keperluan untuk memahirkan dalam aspek penulisan juga wajar dikembangkan kepada staf UKAS dan ia termasuklah penulisan rencana, analisis, kenyataan akhbar, teks ucapan, penulisan berita semasa dan media sosial.

Dalam pada itu, sudah tiba masanya staf UKAS dibiasakan dengan kaedah pelaporan ‘kendiri’ atau kewartawanan solo, di mana setiap petugas perlu ada kemahiran menulis berita, merakam video, membuat suara latar, berani hadapan kamera, suntingan sehinggalah ia mampu diterbitkan dalam platform media sosial rasmi.

Sementara itu, Datu Hii menyambut baik tawaran latihan yang diberikan MPI dan bersetuju supaya perkara itu disegerakan.

“Kita melihat kepentingan latihan ini yang bukan sahaja kepada staf UKAS tetapi kepada petugas yang terlibat dengan menyampaikan informasi dan maklumat kepada rakyat. MPI telah memberikan laluan, kita meneliti dan berharap UKAS dapat menyusun program latihan ini dan diadakan di Sarawak,’’ katanya.

Pertemuan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan serta memperkasakan kerjasama strategik dalam bidang latihan.

Datuk Yong menegaskan, memantapkan sistem penyampaian dengan memberikan gambaran jelas pembangunan dan usaha kerajaan Sarawak kepada rakyat adalah sangat diharapkan.

“Berita UKAS sentiasa dinantikan, bukan sahaja dalam kalangan pengamal media, malah rakyat untuk mengetahui perkembangan semasa apa yang berlaku di negeri itu. Kepercayaan UKAS kepada MPI sangat dihargai dan MPI akan memberikan komitmen dalam menjayakan kehendak UKAS melahirkan petugas berkemahiran dalam aspek media dan komunikasi,’’ katanya.
Dalam pertemuan hari ini juga, MPI menyerahkan Sijil Keahlian Malaysian Press Institute kepada pihak UKAS. Sijil itu disampaikan oleh Datuk Yong kepada Datu Hii.

Delegasi UKAS turut hadir ialah Pegawai Tadbir Khas, Datu Takun @ Takong bin Sunggah; Ketua Penolong Pengarah, Anwar Hanafi Ardimansyah; Pegawai Tadbir, Peter Anak Sibon; Ketua Penolong Pengarah, Muller Anak Asen, Wilma Anak Stanley Geramong; Wartawan, Harry Ilias; Urusetia Delegasi, Zarith Sofina Azahari; Jurugambar dan video, Shairazi bin Sapi-Ee dan Pegawai Tadbir Khas, Yap Shii Zui.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter