Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Tuan Haji Ainol Amriz Ismail berkongsi pengalaman sebagai Alumni Petugas Media Tabung Haji 2017 kepada Petugas Media Tabung Haji 2025 di Menara TH, Kuala Lumpur pada 21 Februari 2025.
Perkongsian itu termasuklah kaedah pelaporan sepanjang liputan dilakukan, etika dan peraturan yang ditetapkan TH kepada petugas medianya.
Empat fasa liputan media yang dikongsikan oleh Haji Ainol kepada rakan media termasuklah persiapan awal, semasa di Tanah Suci, liputan haji dan selesai ibadah haji. Persiapan awal itu antaranya menyiapkan rencana bersiri dan panjang mengenai Sejarah Haji, Hari Wukuf dan dan Peristiwa penting lainnya, supaya ia dapat diterbitkan mengikut jadual, selain liputan haji harian tang sentiasa padat.
Setiap tahun TH akan membawa sejumlah petugas media yang telah mendapat kelulusan majikan masing-masing untuk menyertai pasukan Media TH bagi tujuan liputan penuh musim haji.
TH juga merupakan rakan strategik MPI dan sentiasa menyokong kejayaan penganjuran Hadiah Kewartawanan dan Malam Wartawan Malaysia. Kepada rakan media yang akan membuat liputan musim haji 2025, didoakan agar dilancarkan tugasan dan beroleh kemabruran dalam ibadah haji.
Terima kasih TH atas jemputan kepada Tuan Hj Ainol untuk bersama berkongsi pengalaman dan memastikan persiapan petugas media di Tanah Suci kelak.
Photo by Haji Kamal, Tabung Haji.





