Persiapan Rapi Menjelang Forum HAWANA 2025

Kuala Lumpur, 13 Jun 2025 – Bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur hari ini delegasi Malaysian Press Institute (MPI) sibuk dengan persiapan rapi menjelang Forum HAWANA 2025 yang bakal berlangsung pada 14 Jun 2025 (Sabtu).

Forum anjuran bersama BERNAMA dan Malaysian Press Institute (MPI) ini menghimpunkan pemikir dan penggiat media tanah air dalam sebuah wacana berimpak tinggi yang dijangka mencetuskan pelbagai pandangan kritis dan membina mengenai hala tuju dunia kewartawanan masa kini.

Forum ini akan menampilkan barisan panelis ternama yang berpengalaman luas dalam dunia media dan kewartawanan, menjadikan ia platform penting untuk memperkukuh kefahaman terhadap isu-isu semasa dalam industri serta mencorak masa depan media yang lebih bebas, bertanggungjawab dan beretika.

Nantikan Forum HAWANA 2025 yang akan disiarkan secara langsung di Facebook Malaysian Press Institute (MPI) dan BERNAMA TV.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter