Siber, Suara dan Sempadan: Forum MPI-UUM Tinjau Cabaran Kebebasan Media

Kedah, 10 Jun 2025 – Forum MPI-UUM bertajuk “Siber, Suara dan Sempadan: Merungkai Dinamika Kebebasan Media Dalam Era Digital” telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seminar A, Kompleks Konvensyen, Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini.

Program anjuran dan kerjasama erat Malaysian Press Institute (MPI) dan Universiti Utara Malaysia ini bertujuan membincangkan cabaran dan peluang kebebasan media dalam era digital yang semakin mencabar landskap kewartawanan masa kini.

Program dimulakan dengan ucapan Taklimat Kehormat yang disampaikan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, yang menekankan betapa pentingnya tanggungjawab media dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan beretika di samping mengekalkan kebebasan bersuara dalam kerangka perundangan negara yang wajarnya diketahui umum terutamanya dalam kalangan pelajar institusi tinggi.

Forum tersebut menampilkan panelis berpengalaman, antaranya Ketua Pengarang The Malaya Post merangkap Presiden Persatuan Kewartawanan Multimedia Malaysia, Puan Nik Suryani Megat Deraman; Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail; serta Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Undang-Undang UUM, Dr. Hafidz Hakimi Haron.

Forum ini dikendalikan oleh Saudari Nur Nazirah Hisham, pelajar Sarjana Muda Undang-Undang UUM, selaku moderator.

Perbincangan menyentuh pelbagai aspek termasuk batasan undang-undang, etika kewartawanan digital, serta cabaran keselamatan siber yang dihadapi oleh wartawan dan organisasi media masa kini.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter