*Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan hingga ke 18 Julai 2022.
Dalam memberi pengiktirafan karya-karya kewartawanan berkait dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), The Malaysian Society for Occupational Safety & Health (MSOSH) dan Malaysian Press Institute (MPI) sekali lagi menganjurkan Anugerah Media MSOSH, yang mana telah memasuki edisi yang ke-4.
TEKS UCAPAN & KENYATAAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN ANUGERAH MEDIA MSOSH 2022
TEKS UCAPAN PERASMIAN ANUGERAH MEDIA MSOSH 2022
KENYATAAN MEDIA : KE ARAH PERSEDIAAN APOSHO 2023

18 JULAI 2022
Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori media cetak & portal berita, kategori media penyiaran televisyen & video dalam talian dan kategori media penyiaran radio & radio dalam talian. Sejumlah RM 15,000 ditawarkan kepada pemenang-pemenang anugerah.
Penyertaan hanya terbuka pada karya berbahasa Melayu & Inggeris.
Bagi karyawan media yang ingin mengetengahkan karya-karya mengenai KKP yang diterbit atau disiar antara 10 September 2021 hingga 30 Jun 2022.
Bolehlah terlebih dahulu lihat borang penyertaan serta syarat penyertaan pada pautan-pautan berikut :
Borang Penyertaan Anugerah Media MSOSH 2022 *TUTUP*
Syarat Penyertaan Anugerah Media MSOSH 2022
Penyertaan terbuka kepada warga Malaysia yang berkhidmat sebagai wartawan / pengamal media yang berkerja sepenuh masa, stringer, dan wartawan sambilan.
Tarikh tutup penyertaan adalah 18 Julai 2022. Tiada yuran penyertaan dikenakan.
Maklumat lanjut mengenai organisasi/jabatan yang menyelia dan memantau bidang keselamatan dan kesihatan perkerjaan, boleh dilihat melalui pautan berikut :
The Malaysian Society for Occupational Safety and Health – https://www.msosh.org.my
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai anugerah, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media, En. Salman, di alamat emel bukitledangmpi@yahoo.com .