Majlis Malam Wartawan Malaysia anjuran Malaysian Press Institute (MPI) telah berlangsung dengan jayanya pada Jumaat, 20 Mei 2016 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan bagi meraikan wartawan-wartawan yang telah menghasilkan karya-karya terbaik dan memenangi anugerah-anugerah Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2015. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh ketua-ketua pegawai eksekutif media. Turut menyampaikan hadiah ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan tetamu kehormat iaitu Y.A.B Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Sila tekan pautan-pautan galeri foto dibawah untuk lihat :
Gambar-gambar YAB Timbalan Perdana Menteri