** Kemaskini 29 Januari 2021
Seorang lagi pemenang hadiah utama Hadiah Kewartawan Malaysia 2020 telah singgah ke premis MPI untuk mengambil trofi yang dimenangi bagi kategori Berita Video Terbaik.
Beliau adalah wartawan TV3, Juliana Sharin yang merangkul hadiah pertama bagi kategori yang disertai menerusi laporan Aduan Rakyat : ‘Lalok Gam – Kembara Ke Bulan & Bintang’.
Beliau menerima trofi tersebut daripada Datuk Dr. Chamil Wariya di Bilik Latihan, MPI. Dua buku mengenai komunikasi & kewartawanan yang berjudul Media Sosial Di Malaysia dan Wartawan Masa Depan turut dihadiahkan kepada Juliana Sharin.
Juliana Sharin mewakili rakan kumpulannya yang tidak dapat hadir iaitu Mohd Haizal Khamis dan Mohd Jufri Mohd Judin, menerima trofi HKM 2019 dari Datuk Dr. Chamil Wariya Suami tercinta kepada Juliana, Herman Plani juga sempat merakam gambar kenangan Juliana Sharin sempat mengayakan trofi kemenangan di luar perkarangan premis MPI
Hari ini juga merupakan hari kedua MPI beroperasi setelah ditutup selama 11 hari berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan (PKP) 2.0 pada 13 Januari 2021 yang lalu.
Pemenang-pemenang lain yang ingin dapatkan trofi kemenangan bolehlah kunjungi premis MPI.