Penyertaan Anugerah Media Agrobank 2025 Ditutup Dalam 5 Hari!

CYBERJAYA, 10 Mac – Pengamal media masih berpeluang memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM45,000 dalam Anugerah Media Agrobank 2025.

Penyertaan bagi anugerah tersebut masih dibuka, dengan hanya berbaki lima hari sahaja lagi sebelum tarikh tutup penyertaan pada 15 Mac 2025.

Setiap kategori menawarkan hadiah wang tunai RM5000, RM3000 dan RM1000. Kategori yang dipertandingkan ialah Anugerah Media Cetak & Portal Berita Anugerah Media (Berita), Anugerah Media Cetak & Portal Berita (Rencana), Anugerah Media Penyiaran dan Video Dalam Talian (Berita & Laporan Khas), Anugerah Media Radio, dan Anugerah Teknologi dan Digital Agrobank.

Menurut sekretariat Malaysian Press Institute (MPI), Anugerah Media Agrobank merupakan inisiatif tahunan oleh Agrobank untuk mengiktiraf peranan karyawan media dalam melaporkan perkembangan dan pencapaian sektor pertanian negara.

“Anugerah ini bukan sahaja memberi ganjaran wang tunai tetapi juga membuka peluang kepada karyawan media untuk meningkatkan kredibiliti mereka dalam industri kewartawanan dan penyiaran,” katanya.

Penyertaan dibuka kepada wartawan dan pencipta kandungan yang menghasilkan karya antara 16 April 2024 hingga 10 Mac 2025.

Borang dan syarat penyertaan boleh diakses melalui pautan yang demikian https://mpi.my/wp/award/anugerah-media-agrobank-2025-dibuka.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Penyelaras Anugerah Media, Encik Salman di talian 03–8689 2717 / 2718 atau menerusi e-mel bukitledangmpi@yahoo.com.

Jangan lepaskan peluang ini – hantarkan karya terbaik anda sekarang dan rebut ganjaran hebat ini!

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter