Para pemenang utama Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI – Petronas 2019 kini boleh mengambil trofi kemenangan masing – masing di pejabat Malaysian Press Institute (MPI) di Cyberjaya. Mereka boleh datang bila-bila masa pada waktu pejabat untuk mengambil trofi tersebut.
Pihak MPI memohon maaf kerana trofi tersebut tidak dapat diberikan pada Malam Wartawan Malaysia 2020 (MWM2020) yang berlangsung pada 20 September 2020 atas sebab-sebab teknikal di mana trofi tersebut tidak dapat dihantar oleh pembekal pada malam tersebut.
