Kuala Lumpur, 26 Februari – Bengkel Strategi Pemerkasaan Media Sosial (Champion) Perbadanan Putrajaya telah bermula hari ini dengan penyertaan seramai 32 kakitangan daripada pelbagai jabatan di bawah Perbadanan Putrajaya.
Bengkel yang berlangsung di Hotel UTM & Residensi Kuala Lumpur ini bertujuan memperkukuh pengetahuan peserta dalam pengurusan serta penghasilan kandungan media sosial yang berkesan bagi mempertingkat jenama dan komunikasi digital Perbadanan Putrajaya.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan MPI, Dr. Nuzatul Shima Sulaiman. Sesi pagi diteruskan dengan perkongsian oleh Encik Mohd Faizal Zakaria yang membimbing peserta dalam merangka strategi digital yang efektif.
Bengkel ini dijangka memberi manfaat besar kepada para peserta dalam meningkatkan keupayaan mereka mengendalikan media sosial secara lebih strategik dan profesional.
