Hotel Pullman Kuching, Sarawak merupakan destinasi terakhir bengkel media bertajuk “Children’s Rights & Disability in Malaysia” anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI) dan UNICEF Malaysia yang diadakan pada 11 September 2017.
Bengkel pertama dan kedua telah berjalan dengan jayanya di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada bulan Mei dan Julai lepas.
Seramai 28 peserta dari 16 organisasi media di Sarawak menyertai bengkel ini. Mereka mewakili akhbar New Sarawak Tribune, Sin Chew Daily, Jabatan Penyiaran Kawasan Sarawak (RTM), Borneo Post, Harian Borneo, Utusan Sarawak, See Hua Daily News, Warta Distribution, KOSMO!, Harian Metro, Jabatan Penerangan Sabah, Faradale Media, Sarawak Development Institute, Jabatan Penerangan Sarawak, TV AlHijrah, dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar ketika bengkel berlangsung: