Cyberjaya, 26 November 2025 – Kursus Literasi Undang-Undang Media anjuran MPI berlangsung hari ini di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya. Sesi dimulakan dengan penerangan oleh Dr. Hafidz Hakimi Haron yang menyentuh topik berkaitan Berita Palsu atau Fake News serta isu lambakan maklumat dalam ekosistem media semasa.
Secara keseluruhan untuk sesi hari pertama, bagi memantapkan lagi pengetahuan peserta mengenai Undang-Undang Media, kursus ini turut disertakan dengan aktiviti latihan berkumpulan dan pembentangan kajian kes oleh peserta-peserta bagi meningkatkan pemahaman dan kemahiran peserta terhadap cabaran undang-undang media masa kini.






