Fitnah Jenayah & Sivil Jadi Fokus Latihan Hari Kedua Kursus Undang-Undang Media

Cyberjaya, 27 November 2025 – Hari kedua Kursus Literasi Undang-Undang Media anjuran Malaysian Press Institute (MPI) sedang berlangsung hari ini di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya. Sesi pagi diteruskan dengan bimbingan daripada penceramah selaku Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Hafidz Hakimi Haron, dengan topik Fitnah Jenayah dan Fitnah Sivil.

Kursus ini dilakukan secara hibrid yang mengumpulkan seramai 74 orang peserta, merangkumi 4 peserta fizikal dan 70 peserta secara dalam talian. Kehadiran yang memberangsangkan pada kali ini, diteruskan dengan perkongsian ilmu yang mendalam oleh penceramah membantu peserta memahami implikasi undang-undang dalam amalan media semasa.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest