GABUNGAN PENYERTAAN PENGAMAL MEDIA DAN AHLI AKADEMIK JADIKAN KURSUS LEBIH MENARIK

Seramai 24 orang peserta terdiri daripada pengamal media tempatan termasuk media cetak, portal berita, pegawai penerangan dari Jabatan Penerangan Malaysia dan pensyarah dari universiti tempatan telah menghadiri kursus yang diadakan pada 21 Ogos 2024.

Bertempat di Hotel The Everly Putrajaya, kursus Using Stories to Attract Readers in An Era of AI anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI) dan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur ini telah dikendalikan oleh Profesor Janet E. Steele.

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan teknik penulisan naratif yang berkesan dalam menarik minat pembaca, terutama dalam era kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang. Peserta diperkenalkan kepada cara-cara menggunakan cerita untuk mencipta kandungan yang lebih menarik dan berhubung dengan emosi pembaca.

Impak yang dapat diperoleh oleh pengamal media antaranya adalah memberi pengamal media pemahaman yang lebih mendalam tentang pentingnya menggunakan naratif dalam penyampaian berita dan artikel. Dengan cerita yang bagus, mereka dapat menarik minat pembaca dengan lebih efektif, walaupun dalam dunia yang semakin didominasi oleh AI. Ini juga membantu meningkatkan pengaruh mereka dalam industri media yang kompetitif.

Manakala bagi ahli akademik pula, mereka dapat mengaplikasikan teknik yang dipelajari untuk menjadikan pengajaran mereka lebih menarik dan relevan. Penggunaan cerita dalam konteks pengajaran boleh membantu pelajar lebih memahami dan mengingati konsep-konsep penting. Selain itu, kursus ini juga membantu pensyarah menyesuaikan diri dengan teknologi AI dalam penyampaian bahan pengajaran.

Secara keseluruhan, kursus ini merupakan satu platform yang penting untuk mempertingkatkan kemahiran menulis naratif, yang bukan sahaja bermanfaat kepada pengamal media dalam menarik lebih banyak pembaca, tetapi juga kepada pensyarah dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran. Penggunaan AI dalam naratif memberikan satu dimensi baru kepada penulisan kreatif, menjadikan kursus ini amat relevan dalam era digital.

Rakaman gambar-gambar:

Profesor Janet Steele selaku penceramah kursus memberi penerangan kepada peserta.
Para peserta dari pelbagai organisasi media dan ahli akademik hadir menyertai kursus.
Peserta dari UiTM Shah Alam ketika bertanyakan soalan kepada penceramah.
Janet beramah mesra bersama peserta dari Sin Chew ketika sesi rehat.
Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong sempat singgah ke venu kursus untuk memberi kata-kata semangat kepada para peserta.
Peserta bersama sijil masing-masing bergambar kenangan bersama penceramah dan Encik Gurdit Singh dari Kedutaan Amerika Syarikat di KL.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter