HARI KEDUA BENGKEL 100% MOBILEGRAPHY: DARI TEORI KE PRAKTIKAL

19 Disember 2024 – Hari ini merupakan hari kedua Bengkel 100% Mobilegraphy, di mana penceramah Encik Hazli Hasan mendedahkan berkaitan kesinambungan teori mobilegraphy dan simulasi.

Pada sesi pagi peserta diberi pendedahan untuk menyediakan video dengan pengukuhan teori, pemahaman yang lebih mendalam tentang mobilegraphy dan bagaimana kecerdasan buatan (Al) boleh digunakan untuk mempertingkatkan kualiti penghasilan kandungan visual.

Pada sesi petang, peserta akan beralih ke latihan praktikal, melibatkan penghasilan sebuah mini dokumentari. Latihan ini bukan sahaja mencabar kreativiti, tetapi juga memberi peluang untuk mengaplikasikan teori ke dalam situasi sebenar. Mini dokumentari yang dihasilkan ini akan dibentangkan pada esok hari yang merupakan hari terakhir bengkel, sebagai simbol hasil pembelajaran mereka.

Penceramah menerangkan teknik yang berbeza bagi menghasilkan video yang menarik dalam melaporkan berita dengan berkesan.
Penceramah sedang menunjukkan demonstrasi menggunakan alat mobilegraphy dalam menghasilkan gambar yang berkualiti dalam pelaporan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest