Putrajaya, 23 November 2025 – Hari kedua Kursus Pengurusan Media dan Komunikasi Strategik di Putrajaya berlangsung dengan bimbingan penceramah, Datuk Badrul Hisham Othman, yang memberi fokus kepada aspek pengurusan persepsi dan komunikasi krisis.
Selain sesi perkongsian ilmu, para peserta turut mengikuti simulasi sidang media bagi memantapkan strategi menangani persepsi negatif serta menjawab soalan-soalan mencabar daripada wartawan. Kursus ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Puan Emilia Rosnizar Ahmad Hanipiah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Latihan KKM.










