Hari Pertama Kursus Mobilegraphy : Lonjak Kecekapan Pengamal Media

Cyberjaya, 16 April 2025 – Hari ini telah berlangsungnya hari pertama Kursus Teknik Mobilegraphy Profesional bersama penceramah Encik Mohammed Hazli Hassan.

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik menghasilkan gambar dan video berkualiti menggunakan kamera telefon pintar.

Sepanjang sesi, peserta mempelajari asas komposisi, pencahayaan, teknik suntingan serta penggunaan aplikasi mudah alih yang membantu dalam penghasilan kandungan media secara efisien. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan aksesibiliti dan peranan telefon pintar dalam membantu pengamal media dan pegawai penerangan membuat liputan dengan cepat dan berkesan, khususnya dalam situasi mencabar dan mendesak.

Melalui sesi teori dan praktikal, peserta berpeluang meningkatkan kemahiran mobilegraphy yang kini menjadi keperluan penting dalam dunia kewartawanan dan komunikasi digital.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter