7 Januari 2025 – Siri Jelajah Kedua Kursus Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management kini kembali di Kuching, Sarawak. Pada pagi ini kursus sedang dilangsungkan di Raia Hotel & Convention Centre Kuching khusus buat pengamal-pengamal media di Sarawak.
Pengarah Kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Encik Adiman Ajem telah membuka tirai kursus pada kali ini dengan menyampaikan ucapannya yang menyentuh bahawa teknologi kini membolehkan penghasilan kandungan yang menjadi lebih kreatif dan interaktif melalui alat seperti analitik media sosial, automasi penjadualan berita, dan pembantu penulisan berasaskan AI buat pengamal media.
Seramai 20 orang pengamal media telah menyertai kursus ini bersama dengan 4 orang pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut melibatkan diri dalam Siri Jelajah Kursus MPI X MCMC buat kali kedua ini.




