Komunikasi Berintegriti: Teras Profesionalisme Pegawai Penerangan

Cyberjaya, 20 Mei 2025 – Kursus Literasi Penerangan diteruskan pada sebelah petang dengan sesi bersama Perunding Bersekutu Media yang juga Mantan Pengarang Berita Harian, Puan Norliza Abdullah. Sesi kedua ini bertajuk Etika dan Profesionalisme Pegawai Penerangan.

Sesi pada kali ini memberi fokus kepada penerapan nilai etika serta prinsip profesional dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Peserta didedahkan dengan kemahiran mengaplikasikan teknik berkomunikasi dalam kalangan pegawai penerangan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian, membina keyakinan, serta mempertingkat hubungan kerja yang lebih berkesan dan berintegriti.

Dalam sesi tersebut, para peserta turut didedahkan kepada konsep-konsep utama komunikasi serta kepentingan kemahiran komunikasi interpersonal, termasuk teknik mendengar secara aktif, yang juga merupakan elemen penting dalam membentuk komunikasi dua hala yang efektif.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter