Kursus AI Zon Selatan menutup tirai

27 Februari 2025 – Siri Jelajah ke-4 Kursus Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management di Zon Selatan pada kali ini telah menutup tirai dengan jayanya.

Dalam mencapai matlamat dan pendedahan mendalam tentang kemajuan kecerdasan buatan (AI) kepada pengamal media, para peserta telah diberikan pencerahan menyeluruh berkaitan pengetahuan dan kemahiran spesifik yang berguna untuk mengintegrasikan teknologi AI dalam pengurusan kandungan serta operasi bilik berita.

Pelbagai aplikasi buatan AI yang dikongsikan oleh penceramah Mr Cletus de Rozario dalam membantu mempermudah dan meningkatkan kualiti kerja kewartawanan dan media dalam menyesuaikan diri pengamal-pengamal media ini dengan perubahan pesat dalam industri berita.

Dengan berakhirnya kursus AI ini, peserta diharapkan mampu mengaplikasikan ilmu yang diperoleh bagi memperkukuhkan lagi pengetahuan mereka dalam mendapatkan info yang lebih sahih untuk diaplikasikan dalam bidang kewartawanan di masa hadapan.

Untuk lokasi seterusnya, Kursus AI ini akan diadakan buat warga media Zon Pantai Timur pula. Nantikan kehadiran Malaysian Press Institute. Jumpa anda nanti

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter