Kursus Istilah Baharu Kewartawanan – Kunci Integriti Pelaporan

Cyberjaya, 28 April 2025 – Kursus Istilah Baharu Kewartawanan (Kecekapan Penggunaan Istilah Dalam Pelaporan) anjuran Malaysian Press Institute (MPI) sedang berlangsung di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya, dengan dikendalikan oleh Ketua Bahagian Peristilahan & Leksikografi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Encik Fadzli bin Tajuid.

Kursus yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini 28 April hingga 29 April 2025 adalah bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para peserta berkenaan kepentingan penggunaan istilah yang tepat, seragam dan mengikut piawaian bahasa dalam dunia kewartawanan.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta diperkenalkan dengan pelbagai istilah rasmi yang digunakan di Malaysia, termasuk teknik penggunaan yang betul dalam konteks penulisan dan pelaporan berita. Penceramah turut menekankan peranan bahasa yang berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat serta kepentingan pematuhan kepada prinsip-prinsip peristilahan demi memastikan ketepatan, kejelasan dan profesionalisme dalam produk berita.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter