CYBERJAYA, 6 Mac 2025 – Kursus ‘Leading with Inclusion: Creating a Culture of Belonging & Teamwork’ bersama Dr. Shahreen Mat Nayan anjuran Malaysian Press Institute (MPI) telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya. Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan kepelbagaian dan inklusiviti dalam kepimpinan serta cara membina pasukan yang lebih produktif dan harmoni.
Sepanjang sesi ini, para peserta telah mempelajari pelbagai teknik dalam membentuk budaya kerja yang lebih menyokong, termasuk strategi mengurus kepelbagaian untuk meningkatkan kreativiti dan prestasi organisasi. Mereka juga didedahkan kepada cara menangani cabaran komunikasi dalam pasukan yang mempunyai latar belakang berbeza serta pendekatan praktikal bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni dan efektif.
Sesi yang interaktif dan penuh inspirasi ini telah membuka minda para peserta mengenai peranan penting kepimpinan inklusif dalam memastikan keharmonian serta keberkesanan organisasi. Kursus ini turut mendapat maklum balas positif daripada peserta yang menyifatkannya sebagai platform terbaik untuk memperkasa kemahiran kepimpinan dalam dunia kerja yang semakin dinamik.

