Kursus Literasi Undang-Undang Media Perkukuh Kefahaman Perundangan Pengamal Media

Cyberjaya, 26 November 2025 – Sedang berlangsung hari pertama Kursus Literasi Undang-Undang Media anjuran Malaysian Press Institute (MPI) di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya. Program ini membuka tirainya dengan sesi pengenalan kepada asas-asas perundangan media yang disampaikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Hafidz Hakimi Haron. Sesi ini memberi pendedahan awal kepada para peserta mengenai kerangka undang-undang yang berkait rapat dengan industri media, termasuk hak dan batasan dalam melapor, serta aspek pematuhan yang perlu diberi perhatian oleh pengamal media.

Secara keseluruhan, seramai 163 peserta menyertai kursus ini, dengan 159 mengikuti sesi secara dalam talian manakala empat lagi hadir secara fizikal di Cyberjaya. Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan kefahaman peserta terhadap isu-isu perundangan yang semakin mencabar dalam dunia media hari ini, seterusnya memperkukuh integriti dan profesionalisme dalam amalan kewartawanan serta komunikasi korporat

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest