Cyberjaya, 13 Mac 2025 – Bertempat di Pusat Latihan MPI, telah berlangsung Kursus ‘AI-Powered Infographic Design’ yang dikendalikan oleh penceramah, Encik Tung Eng Hwa.
Kursus ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami dan menguasai teknik-teknik terbaru dalam menghasilkan infografik yang berkesan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Dalam kursus ini, penceramah memberikan pendedahan yang mendalam mengenai bagaimana AI dapat digunakan untuk mencipta infografik yang tidak hanya menarik tetapi juga mudah difahami dan tepat dalam menyampaikan maklumat. Peserta diajar untuk menggunakan perisian dan aplikasi berasaskan AI yang dapat membantu mempercepatkan proses reka bentuk infografik, memudahkan analisis data, serta menghasilkan visual yang lebih menarik dan informatif.
Beberapa orang staf MPI juga turut berpeluang menyertai latihan kursus ini.

