Memperkasa Pengamal Media: Teknik Prompting AI Untuk Pengurusan Berita Yang Efisien

Johor Bahru, 26 Februari 2025 – Hari kedua Siri Jelajah ke-4 Kursus Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management pada hari ini memberi tumpuan kepada teknik menghasilkan ‘prompting’ yang berkesan dalam menjana maklumat yang signifikan dan kontekstual untuk pengamal media yang berada di Zon Selatan, merangkumi Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor Bahru.

Dalam sesi yang dikendalikan oleh penceramah Mr. Cletus de Rozario, para peserta didedahkan kepada teknik mengaplikasikan arahan yang tepat ketika menggunakan model buatan AI atau alat analisis data seperti ChatGPT bagi mendapatkan maklumat yang lebih relevan, tepat, dan boleh dipercayai dalam penghasilan laporan berita yang berkualiti.

Dengan teknik ini, profesional media termasuk wartawan dan editor berita dapat menapis setiap maklumat dengan lebih pantas dan tepat, mengenal pasti trend semasa, serta mengesahkan fakta berita dengan lebih efisien.

Selain itu, AI juga membantu barisan hadapan pengamal media ini menganalisis sentimen terhadap sesuatu isu serta menyusun berita dengan lebih sistematik dan berfokus. Dengan adanya latihan prompting ini bukan sahaja mempercepatkan proses penyampaian berita tetapi juga dapat memastikan kandungan yang dihasilkan itu lebih berimpak dan bermakna kepada khalayak ramai.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter