Pada 7 – 8 November yang lalu, bertempat di Hotel Everly, Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya Kursus Penulisan Teks Ucapan Majlis Rasmi yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Press Institute.
Kursus ini telah diadakan khusus kepada pegawai-pegawai Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan disertai seramai 20 orang peserta.
Komunikasi dua hala yang berkesan di antara penceramah dan peserta telah banyak membantu para peserta untuk memantapkan lagi penulisan teks ucapan yang bakal dihasilkan kelak.
Pengalaman penceramah selama 50 tahun dalam bidang kewartawanan dan kapasitinya sebagai pengerusi Malam Wartawan Malaysia merupakan satu bonus kepada peserta yang menyertai kursus 2 hari ini.
Untuk menambah lagi pemahaman daripada perkongsian yang dibuat, para peserta telah diberi beberapa tugasan untuk disiapkan melalui aktiviti latihan dalam menghasilkan teks ucapan yang menarik dengan menggunakan tips-tips yang telah dikongsikan oleh penceramah.
Berikut merupakan rangkuman gambar dua hari berkursus:







