Putrajaya, 19 Mac 2025 – Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Malaysian Press Institute (MPI) telah mencapai kata sepakat dalam melaksanakan Kursus Pemantapan Komunikasi Jurucakap untuk pegawai-pegawai pengurusan atasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Wakil MPI diketuai oleh Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Dr. Nuzatul Shima Sulaiman disambut oleh Encik Badrila Jamlus, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Strategik SPRM; Encik Zahari, Ketua Sekolah Pengajian Pengurusan, MACA; Puan Soffi Azwa binti Mohd Noor, Penolong Penguasa, Sekolah Pengajian Pengurusan, MACA dan Puan Mariatul, Bahagian Komunikasi Strategik, SPRM.
Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Encik Nizal Mohammad, Mantan Wartawan dan Penerbit TV3, dan Encik Luqman Hariz Shaker, Pengacara dan Wartawan Penyiaran Astro Awani.
Fokus utama perbincangan adalah usaha meningkatkan kemahiran komunikasi pegawai-pegawai pengurusan atasan SPRM yang dinamik dan berkesan serta strategi-strategi dalam menyampaikan ucapan yang tepat kepada golongan media dan khalayak umum khususnya dalam mendepani isu-isu semasa yang terkait dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam dunia media penyiaran dan digital yang semakin kompleks dan mencabar.