Malaysian Press Institute (MPI) merancang untuk mengadakan dua program latihan di Kota Kinabalu, Sabah pada penghujung tahun ini dan awal tahun depan.Dua program itu ialah Bengkel Perhubungan Media khusus untuk pegawai-pegawai perhubungan awam jabatan-jabatan kerajaan negeri dan Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia.Bengkel Hubungan Media akan diadakan selama dua hari manakala Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia selama dua minggu. Sekurang-kurangnya 30 peserta akan diundang untuk menyertai program-program tersebut.Jabatan Penerangan Sabah dan Jabatan Penyiaran Sabah bersetuju untuk menjadi rakan MPI bagi menjayakan kedua-dua program.Kata sepakat untuk menganjurkan program dicapai pada pertemuan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya dengan Pengarah Penerangan Sabah, Tuan Hajii Almain Ajrul dan Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah, Ali Ngasio di Kota Kinabalu pada 30April 2012.Chamil berada di Kota Kinabalu kerana menghadiri Malam Penyampaian Hadiah Media Shell Kinabalu edisi ke 20 anjuran bersama Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Shell Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah.
Selain bertemu Haji Almain dan Ali, Chamil juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarang Eksekutif Utusan Borneo (edisi Sabah), Licong Angkui dan Ketua Pengarang New Sabah Times.
