Pegawai SPRM Dalami Ilmu Kursus Jurucakap Berkesan

BANGI, 18 April – Seramai 27 Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghadiri Kursus Jurucakap Berkesan: Seni Komunikasi Untuk Pengarah SPRM anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) SPRM dengan kerjasama Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM dan Malaysian Press Institute (MPI).

Pengarah Kanan MACA SPRM, Dato’ Mohd Hafaz Nazar berkata, kursus ini telah dirangka dengan objektif yang cukup strategik dan bersesuaian dengan keperluan semasa organisasi.

“Sebagai barisan hadapan SPRM, Pengarah-Pengarah di peringkat ibu pejabat mahupun negeri bukan sahaja memimpin operasi, pencegahan dan pengurusan malah kini semakin kerap menjadi tumpuan media serta masyarakat.

“Pelaksanaan kursus ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam mengurus komunikasi media serta membangunkan strategi yang lebih efektif,” katanya ketika berucap pada majlis penutup kursus ini yang diadakan dari 16 hingga 18 April di Bangi Resort Hotel, di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah menjadi hasrat Suruhanjaya ini agar pengarah-pengarah sentiasa bersedia menguruskan permintaan media secara langsung tanpa terlalu bergantung kepada BKS, SPRM.

Malah, perkara ini adalah penting bagi tindak balas serta dapat menunjukkan kecekapan SPRM dalam mendepani cabaran komunikasi semasa.

Dalam kursus tersebut, pengarah-pengarah SPRM didedahkan dengan teori dan amali yang dikendalikan oleh dua personaliti televisyen terkenal iaitu, Mantan Personaliti TV3, Nizal Mohammad meliputi pelbagai tajuk antaranya Membina Personaliti Dinamik Seorang Jurucakap, Memahami dan Membina Hubungan Efektif dengan Media serta Penguasaan Berkesan Elemen 3V dalam Komunikasi.

Manakala, wartawan penyiaran, penyampai dan Penerbit Astro AWANI, Luqman Hariz turut mengadakan simulasi temubual televisyen, sidang media, temubual spontan dan podcast sekali gus memberikan pendedahan kepada pengarah-pengarah yang hadir.

Hadir sama Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong; Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Ainol Amriz Ismail serta Pengarah BKS SPRM, P/PKPj Hisyam Mohd Yusoff.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter