Pengetahuan & Kefahaman Tentang Undang-Undang Syariah Di Malaysia Dapat Dipertingkatkan

Ilmu pengetahuan dalam Undang-Undang Perlembagaan amat penting untuk dipraktikkan bukan sahaja oleh pengamal media tetapi juga oleh jabatan-jabatan kerajaan atau agensi-agensi di bawahnya.  

Maka Malaysian Press Institute (MPI) mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Keselamatan Negara: Kedudukan Undang-undang Islam Identiti Nasional & Perpaduan yang dikendalikan oleh figura yang hebat berbicara tentang perkara-perkara berkaitan dengan perlembagaan iaitu Datuk Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz, Pakar Perundangan dan Perlembagaan.

Kursus yang dihadiri oleh pengamal media, pegawai undang-undang, pegawai penerangan dan pegawai dari Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Semenanjung, Sabah & Sarawak pada 14 – 15 Oktober 2024 di Pusat Latihan MPI di Cyberjaya seramai 29 orang.

Kursus yang bertujuan untuk membincangkan peranan undang-undang Islam dalam membentuk identiti nasional dan perpaduan negara dan kaitannya dengan keselamatan negara untuk memberi pemahaman mendalam kepada para peserta bagaimana undang-undang Islam dapat mempengaruhi naratif nasional dan integrasi sosial di Malaysia.

Sebanyak 13 topik telah dibincangkan sepanjang dua hari berkursus dan ianya telah membuka mata dan minda para peserta dalam meningkatkan semangat nasionalisme di negara ini.

Seorang pegawai dari Jabatan Penerangan Daerah Johor memaklumkan bahawa kursus ini sangat menarik kerana perkongsian dan penyampaian sangat jelas dan mudah diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Beliau menambah lagi agar tajuk ceramah seperti ini kerap diadakan untuk jabatan-jabatan lain juga bagi menerapkan semangat nasionalisme disamping menambah pemahaman mereka terhadap peranan undang-undang Islam dalam membentuk identiti nasional dan mengukuhkan perpaduan.

Pengetahuan ini sangat penting dalam memastikan media dan kakitangan kerajaan memainkan peranan yang konstruktif dalam mempromosikan perpaduan negara, memelihara keselamatan nasional, dan menyokong keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Rakaman gambar-gambar:

Penceramah, Datuk Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz, Pakar Perundangan dan Perlembagaan ketika menyampaikan ceramah beliau.
Penerangan berkenaan Perlembagaan yang disampaikan oleh penceramah kepada peserta fizikal dan atas talian.
(Atas) peserta dari BERNAMA dan (bawah) peserta dari JAPEN sedang bertanyakan soalan kepada penceramah berkenaan rukun negara & undi 18.
Peserta sedang membincangkan topik berkaitan kenegaraan untuk sesi latihan dalam kumpulan (LDK) sebelum membuat persembahan.
Peserta bergambar kenangan bersama penceramah seusai kursus berakhir.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter