Cyberjaya, 27 November 2025 – Hari kedua Kursus Literasi Undang-Undang Media telah melabuhkan tirainya pada petang ini. Bimbingan menyeluruh oleh Penceramah, Dr. Hafidz Hakimi Haron, menyentuh tajuk berkaitan Etika Kewartawanan dan Kod Kandungan – Cegah sebelum “kena”.
Bagi memantapkan lagi sesi kursus, para peserta berkesempatan mengkaji beberapa kajian kes berkaitan dengan modul yang dipelajari sebagai usaha mengukuhkan lagi pemahaman mereka berkaitan Literasi Undang-Undang Media ini. Kursus diteruskan dengan komitmen untuk memperkasa pengamal media dalam memahami aspek perundangan yang semakin mencabar pada era digital masa kini.
Tahniah buat semua peserta yang berjaya menamatkan dua hari Kursus Literasi Undang-Undang Media ini.







