Disediakan oleh: Nurshahira Sharum
“Penghasilan Penulisan kreatif perlu digarap dengan Bahasa yang segar, ayat yang indah, menarik dan mudah difahami” – itulah teknik yang diajar oleh Puan Salina ketika Bengkel Penulisan Rencana Kreatif.
Seramai tujuh orang peserta dari PETRONAS, RISDA, Jabatan Penerangan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MPI telah mengikuti bengkel ini pada 27 dan 28 September 2022.
Selama 2 hari pelaksanaan bengkel, para peserta didedahkan dengan pelbagai tip, panduan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan penulisan kreatif agar maklumat yang ingin disampaikan dapat menarik minat pembaca dan mudah difahami oleh umum.
Selain itu, para peserta telah diberikan beberapa tugasan secara individu dengan menghasilkan penulisan yang kreatif. Tujuan penghasilan tersebut adalah untuk mengenalpasti dan memperbaiki cara penulisan yang dihasilkan oleh para peserta.
Secara keseluruhannya, para peserta memberikan maklum balas positif dan mempunyai semangat berkobar-kobar untuk menghasilkan penulisan yang bermutu tinggi.








