Perkongsian Pakar: Konten Kreatif, Impak Maksimum

KUALA LUMPUR, 26 Februari – Sesi terakhir Bengkel Strategi Pemerkasaan Media Sosial Perbadanan Putrajaya malam ini menampilkan dua pakar industri digital yang berkongsi ilmu berharga kepada para peserta.

Ketua Unit Komunikasi Pemasaran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Rosli Mohd Nordin, membimbing peserta dalam asas videografi serta pengalaman menerbitkan kandungan kreatif di TikTok.

Sesi diteruskan dengan perkongsian oleh Editor Media Digital BERNAMA, Soraya Jamal yang mengupas strategi dalam menghasilkan konten berkesan di media sosial untuk menarik dan meningkatkan interaksi audiens.

Penutupan yang padat dengan ilmu, menjadikan bengkel ini satu pengalaman berharga buat semua peserta!

Ini adalah kursus ‘customised’ untuk Perbadanan Putrajaya.
Jadi, anda namakan, kami adakan!

Rosli Mohd Nordin berkongsi pengalaman beliau menerbitkan kandungan TikTok.
Soraya Jamal mengupas strategi dalam menghasilkan konten berkesan di media sosial

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter