Johor Bahru, 25 Februari 2025 – Siri Jelajah Ke-4 Kursus Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management akan mula berlangsung pada pagi ini di Thistle, Johor Bahru.
Sebaik sahaja tiba di Johor Bahru (semalam), tim Malaysian Press Institute (MPI) terus melakukan persediaan menyeluruh bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar.
Dengan penglibatan peserta seramai 21 orang yang terdiri daripada barisan pengamal media yang berada di Wilayah Selatan. Selain menampilkan penceramah utama MPI, Ketua MCMC Johor dan wakil PDRM Johor Bahru turut terlibat sama dalam menjayakan program latihan ini.

