Kursus Penulisan & Penerbitan E-Jurnal telah diadakan pada hari ini secara dalam talian melalui platform Google Meet. Seramai 70 orang peserta mewakili Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Jabatan Komunikasi Komuniti Sarawak (J-KOM) dan JAPEN Sabah telah menyertai kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penulisan ilmiah serta memberi pendedahan mengenai proses penerbitan jurnal secara elektronik.
Penceramah pada hari pertama kursus ini ialah Dr. Siti Suriani Hj Othman, seorang ahli akademik dan pensyarah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan dan penerbitan jurnal dan penulisan rencana.
Sesi seterusnya akan bersambung pada keesokan hari dengan penceramah jemputan lain dan sesi latihan praktikal yang lebih mendalam. Secara keseluruhannya, hari pertama kursus berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

