AI Bukan Ancaman, Graduan Perlu Lebih Berdaya Saing – Suhaimi Sulaiman

KUCHING: Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam industri penyiaran bukanlah alasan untuk mengurangkan pengambilan graduan baharu. Sebaliknya golongan muda perlu menjadi lebih bernilai dan berdaya saing agar sentiasa relevan di mata majikan.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman berkata apa yang penting ketika ini ialah bagaimana seseorang graduan mampu melengkapkan diri dengan kemahiran tambahan di luar apa yang dipelajari di universiti bagi memenuhi keperluan industri yang berubah pantas.

“Dunia kewartawanan masa kini menuntut wartawan bukan sahaja mahir menulis berita tetapi juga celik teknologi, memahami penggunaan AI dan mampu menghasilkan kandungan pelbagai platform.

“Jika awak ada ijazah dalam kewartawanan sekalipun, kalau awak boleh buat perkara yang jauh lebih baik daripada AI maka nilai awak akan jauh lebih tinggi,” jelasnya ketika ditemui selepas majlis penutupan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 di sebuah hotel di sini hari ini.

Berita penuh:
Suara Sarawak | AI Bukan Ancaman, Graduan Perlu Lebih Berdaya Saing – Suhaimi Sulaiman

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest